My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 July 2017

    Lori Tangki Meletup



    Seorang pemandu lori tangki minyak maut setelah lori dipandunya terbakar lalu meletup dalam insiden di Jalan Kidurong sekitar jam 12.10 tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit mengesahkan mangsa yang dikenali Martin Joshua, 30, ditemui mati di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda bersebelahan lori terbabit. 

    "Insiden itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal yang berada di jalan terbabit turut luka di bahagian tangannya namun berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

    Jelasnya, enam lagi individu yang menaiki lima kenderaan berhampiran turut berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta mereka terbakar ekoran api merebak ke kenderaan mereka. Zailanni berkata, lori itu dikatakan menuju ke Tanjung Batu dari arah Kidurong sebelum membelok dalam keadaan laju sehingga terlanggar pembahagi jalan sekali gus menyebabkannya tidak stabil lalu tumbang.

    “Lori membawa muatan minyak itu terbakar lalu meletup menyebabkan lima kereta dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan turut musnah,” jelasnya.

    Siasatan terperinci dijalankan polis dan pihak berwajib dilakukan bagi mengetahui punca sebenar insiden ngeri itu. Difahamkan semua pemandu kenderaan terbabit diarah membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

    Sementara itu, Shell Malaysia dalam kenyataan akhbarnya semalam menyatakan bahawa pihaknya akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan kemalangan itu. Menurut kebnyataan itu, kemalangan berkenaan melibatkan lori tangki minyak pihak ketiga syarikat tersebut.

    "Kami telah menggerakkan sumber dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberi bantuan segera kepada pasukan kecemasan tempatan. “Kami akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan berikutnya,” kata kenyataan itu semalam. Shell Malaysia turut melahirkan simpati terhadap mangsa serta ahli keluarga mangsa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lori Tangki Meletup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top