My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 11 July 2017

    Dari MahaFiraun Kepada MahaUTurn




    Semasa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, antara gelaran yang paling hangat diberikan oleh musuh politiknya adalah MahaFiraun. Ini berikutan caranya melayan musuh politiknya yang pada ketika itu, sekiranya di dapati melawannya, musuh politiknya itu pasti akan disumbat kedalam I.S.A.

    Beberapa belas tahun sudah berlalu, nama MahaFiraun masih kekal diingatan buat para penyokong pembangkang. Namun kali ini senarionya berbeza. Jika satu ketika dahulu, kesemua pemimpin pembangkang terutamanya DAP, PKR dan PAS dilihat beriya-iya mahu memenjarakannya atas segala kesalahan yang dia lakukan, hari ini, dia dijulang sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan.

    Tidak cukup dengan itu, dengan mengetuai sebuah parti yang hanya mempunyai satu kerusi (kerusi Parlimen Pagoh milik Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin), Mahathir dilihat berlagak seperti tuan besar di dalam pakatan pembangkang berkenaan. Sehinggakan, dia sanggup mencalonkan dirinya sendiri untuk diangkat sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

    Tidak lama kemudian, dia dilihat mengambil pusingan U apabila mendakwa, hanya akan menjadi Perdana Menteri sekiranya dicalonkan oleh rakan pembangkang. Tidak lama kemudian, dia mendakwa hanya menjadi Perdana Menteri sementara sahaja sebelum menyerahkan jawatan berkenaan kepada individu yang difikirkan layak oleh Pakatan Harapan untuk mengisinya.

    Drama ciptaan Mahathir ini diteruskan apabila PKR dalam kongres parti berkenaan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke7. Mahathir sekali lagi mengambil pusingan U apabila menyatakan dirinya lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri atas alasan kredibiti dan moral yang tidak ada pada Anwar.

    Kenyataan berkenaan sekali lagi berubah apabila dia di dakwa akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan sekiranya merasakan Anwar layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Mahathir sekali lagi menegaskan Anwar paling layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baru-baru ini dan sekaligus mengenepikan tuduhan yang dibuatnya pada 1998 sewaktu Anwar disabitkan kesalahan meliawat kali pertama.

    Apa yang melucukan adalah, beberapa hari kemudian, Mahathir sekali lagi membuat pusingan U apabila menyangkal pengakuannya yang kononnya menyokong perlantikan Anwar selaku Perdana Menteri. Dakwanya, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya menegaskan, Anwar tidak layak mengetuai Malaysia berikutan latar belakang kesalahan seksualnya yang menghalang Anwar berbuat demikian.

    Nampaknya, gelaran MahaFiraun yang disandang oleh Mahathir kini sudah boleh dilucutkan. Mungkin gelaran yang paling layak adalah MahaUTurn berikutan terlalu banyak kenyataan yang diubah suai semula oleh Mahathir samada mengikut moodnya ataupun dia sendiri lupa akan kenyataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

    Namun apa yang pasti, disaat beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan dilihat cukup aktif memfitnah, Mahathir pula akan dikenang sebagai seorang pengerusi parti yang cukup kerap mengambil pusingan U sehingga dia sendiri terbelit dengan siri kenyataan yang dikeluarkan olehnya sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dari MahaFiraun Kepada MahaUTurn Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top