Apabila menyebut tentang Sarawak dan Sabah, antara imej pertama yang terbayang di benak fikiran adalah juadah yang enak selain daripada keramahan warganya. Tidak ramai yang tahu bahawa terdapat beberapa buah bazar komuniti Borneo di Lembah Klang dan di Johor Bahru yang telah dibuka sejak sekian lama.

Sekitar penghujung Mei lalu, jawatankuasa Pasar Borneo Seri Kembangan telah mengadakan majlis Pre Gawai Kaamatan yang telah menarik kira-kira lebih 5,000 orang pengunjung serta lebih 30 orang peniaga. Majlis ini diadakan sempena menyambut perayaan Keamatan dan Gawai yang dirayakan di Sarawak dan Sabah.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan ini, jawatankuasa Pasar Borneo Seri Kembangan sekali lagi menganjurkan satu lagi majlis penutup bagi perayaan Gawai dan Kaamatan yang diberi nama, "Ngiling Bidai".
Seperti penganjuran sebelumnya, majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Balai Ringin, Snowdan Lawan. Kehadiran beliau selaku tetamu jemputan cukup dinantikan tambahan pula pada hari yang sama (Sabtu lalu) majlis yang hampir sama berlangsung di Johor Bahru.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri Sarawak tidak pernah melupakan anak perantau negeri yang berada nun jauh di perantauan dan kerajaan Sarawak bersedia pada bila-bila masa membantu komuniti Sarawak dan juga Sabah sekiranya mereka memerlukan apa jua pertolongan dan bantuan.

Tidak kurang juga dengan makanan tradisi Sabah seperti tuhau, mee sabah, kopi Tenom dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan sayur-sayuran yang secara tradisinya menjadi juadah wajib penduduk Borneo seperti Terung Dayak, Midin, Terubok Masin, Umbut Sawit dan macam-macam lagi.
0 comments:
Post a Comment