My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 12 July 2017

    Kami Jauh Lebih Tersusun Berbanding DAP!





    Ramai yang melihat, cara DAP menjawab arahan Pendaftar Pertubuhan untuk mengadakan sesi pemilihan semula barisan kepimpinan DAP sememangnya amat kurang ajar dan biadab. Manakan tidak, parti berkenaan seolah-olah enggan memperdulikan apa jua arahan ataupun undang-undang apabila melibatkan parti berkenaan.

    Tidak seperti sebelum ini, DAP kerap kali melaungkan intergriti dan akauntibiliti parti berkenaan kepada para penyokongnya. Hakikat sebenar yang gagal di tutup DAP adalah, demokrasi di dalam parti berkenaan sudah lama mati dan hanya memfokuskan survival politik Dinasti Lim di dalam parti Ultra Kiasu berkenaan.

    Ketika diminta mengulas akan hal ini dari seorang ahli MCA sebentar tadi, dia yang enggan disiarkan namanya memberitahu, segala kutukan dan cemuhan yang pernah dilemparkan oleh DAP terhadap MCA sebelum ini telah berbalik kepada mereka.

    Dahulu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng begitu giat mempertikaikan pemilihan dalaman MCA yang pernah menyaksikan sedikit ketegangan berlaku antara dua kem. Pada ketika itu, DAP menjadikan isu berkenaan sebagai modal politik mereka sehingga ianya sedikit sebanyak berjaya menghakis keyakinan kaum Cina terhadap parti MCA.

    Hari ini, setelah lebih 3 tahun perkara ini senyap begitu sahaja oleh ROS, akhirnya ROS bersuara dan meminta DAP mengadakan pemilihan semula. Namun, DAP tetap DAP yang terkenal dengan sikap bongkak dan angkuh, enggan tunduk pada mana-mana desakan ataupun arahan daripada ROS.

    Apa yang melucukan adalah, setelah berlakunya detik hitam dalaman MCA dahulu, MCA hari ini jauh lebih stabil di bawah Datuk Seri Liow Tiong Lai. Malah, setiap kali pemilihan kepimpinan parti, semuanya berjalan lancar. Malah, mereka yang tewas menerima dengan hati terbuka tanpa mahu menghasut atau mencetuskan kekecohan yang boleh memusnahkan parti.

    Jika DAP berhajat untuk menghancurkan MCA, mereka wajar menilai terlebih dahulu perjalanan pemilihan parti mereka yang penuh penipuan, manipulasi keputusan dan boleh dipertikaikan kesahihannya. DAP jelas satu parti yang semakin hari semakin rosak dan hanya kekal bertahan atas alasan kekuasaan keluarga Lim yang tidak ada hadnya di dalam parti berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kami Jauh Lebih Tersusun Berbanding DAP! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top