Nama Rafizi Ramli tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arus politik semasa. Siapa yang tidak kenal kepada Ahli Parlimen Pandan yang hari ini menggalas gelaran Raja Penipu Malaysia? Sebut sahaja apa jua kenyataannya yang kesemuanya mengandungi unsur penipuan, menghasut dan memfitnah.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai pemimpin pembangkang di Malaysia menjadikan siri kenyataan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat sebagai modal politik mereka. Kesemua mereka begitu sibuk mengeluarkan kenyataan berdasarkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh DoJ. Namun rentak ini tidak diikuti oleh Rafizi atas alasan dia tidak berminat.
Jika tidak, sebelum ini Rafizilah hero bagi pembangkang untuk membuat pendedahan dalam isu 1MDB. Namun, baru-baru ini, rentak Rafizi sudah mula bertukar. Secara tiba-tiba nasib pemandu teksi pula diperjuangkannya atas alasan pengenalan sistem e-hailing dan penyedia perkhidmatan Grab dan Uber telah menyekat rezeki mereka.
Semuanya berlaku di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya beberapa hari yang lalu apabila Rafizi bersama-sama ADUN Hulu Langat, Datuk Abdullah Sani telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan pemandu teksi yang baru ditubuhkan iaitu PERJIWA. Antara topik utama adalah menghentam kerajaan kerana langsung tidak membela nasib pemandu teksi.
Apa yang melucukan adalah, kemana perginya Rafizi sewaktu kerajaan menerusi SPAD memperkenalkan sistem e-hailing? Kemana perginya Rafizi sewaktu kerajaan melalui SPAD mengizinkan operasi Grab dan Uber di laksanakan di negara ini? Paling utama, adakah Rafizi buta huruf sehingga tidak membaca semua usaha kerajaan melalui SPAD membantu pemandu teksi?
Adakah orang sebegini yang diharapkan oleh PERJIWA untuk membela nasib mereka? Bukankah reputasi Rafizi sendiri telah menceritakan bagaimana dia sebenarnya seorang langsung tidak boleh dipercayai? Berapa banyak siri fitnahnya telah dibicaarakan di mahkamah sehingga ada diantaranya telahpun dijatuhi hukuman atas keceluparannya?
Selama ini pun, sejak pengenalan pengangkutan Grab dan Uber diperkenalkan, tiada pula suara Rafizi membantah sekeras-kerasnya pengenalan sistem pengangkutan sebegini? Bukankah ini boleh disifatkan sebagai salah satu usaha Rafizi mempergunakan pemandu teksi ini sebagai menyokong agenda politiknya?
Andai benar Rafizi ingin membantu, dia sepatutnya menggunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen untuk memperjuangkan nasib pemandu teksi ini, Bukan sekadar mengadakan perjumpaan, mendengar keluhan dan kemudiannya membuat tidak tahu dengan apa yang diluahkan.
0 comments:
Post a Comment