• PANAS

    Thursday, 6 July 2017

    Tergamak Kau Dik...



    Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala serta mendakwa ditumbuk dan ditendang adik lelakinya dalam pertengkaran berlaku di sini, petang Ahad lepas. 

    Dalam kejadian berlaku jam 5.40 petang itu mangsa dipercayai melarang suspek membawa perempuan juga pelajar sekolah masuk ke rumah mereka.

    Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata suspek disyaki berang sebelum memukul kakaknya menggunakan topi keledar di kepala, ditumbuk dan ditendang menyebabkan mangsa tersungkur.

    “Akibat kejadian itu mangsa mengalami kesakitan dan membuat laporan polis pada hari sama jam 6.39 petang,” katanya kepada media semalam.

    Mohd Bukhori berkata, suspek berusia 27 tahun berjaya diberkas di sebuah rumah di Kampung Pabahanan jam 4.02 petang kelmarin. “Dalam serbuan sama kita turut berjaya merampas semula topi keledar dipercayai digunakan untuk memukul mangsa. Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tergamak Kau Dik... Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top