My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 6 July 2017

    Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri



    Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba membunuh diri gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat di taman perumahan Telipok Ria, Jalan Tuaran di sini hari ini. 

    Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari aras tiga sebuah flat di kawasan perumahan terbabit. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Asnan Led berkata, belum sempat bertindak sedemikian seorang anggota bomba dan penyelamat pantas menyelamatkan mangsa.

    "Dalam operasi menyelamat itu anggota bomba terbabit terpaksa naik ke aras empat memandangkan pintu rumah mangsa berkunci. Dengan menggunakan teknik tali anggota bomba berkenaan turun lalu terus menolak mangsa yang sedang berdiri di tingkap masuk ke dalam rumah," katanya hari ini. 

    Sehubungan itu, bagi mengelakkan lelaki tersebut bertindak lebih agresif pasukan penyelamat yang lain dengan kerjasama pihak polis segera merempuh pintu rumahnya dan menahan mangsa untuk tindakan lanjut. Operasi menyelamat tamat pada pukul 7.21 pagi dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top