Tantrum berlaku apabila si anak cuba mendapatkan apa yang dia mahu dan diperlukan. Sesetengah anak yang mempunyai masalah pembelajaran atau perhatian akan cepat berasa marah dan kecewa. Seorang anak akan tantrum jika dia tidak dapat giliran pertama untuk menyepak bola ke dalam gol.
Dalam keadaan lain, si anak berasa marah atau tidak puas hati bila anda menumpukan perhatian pada kakaknya. Perbuatan marah, menangis dan menjerit bukan suatu yang sesuai untuk dia meluahkan perasaannya tapi dia membuatnya bersebab.
Anak anda akan berhenti seketika sewaktu tantrum hanya untuk pastikan anda memandang ke arahnya atau dalam erti kata lain, menumpu perhatian padanya semasa tantrum. Tantrum hanya akan berhenti jika si anak dapat apa yang dia mahukan atau dia sedar yang dia tidak akan dapat apa yang dia mahukan bila buat tingkah laku sedemikian.
Lazimnya berlaku dalam situasi sosial atau di tempat awam. Hal ini disebabkan kebiasaan ibu bapa akan tunduk atau mengikut kata anak-anak apabila berada di hadapan orang lain. Perkara ini biasanya berlaku disebabkan oleh tidak mahu berasa malu atau dikatakan tidak tahu menjaga anak.
Cara menangani atau berdepan dengan anak tantrum memberi respons yang berbeza pada anak-anak selepas kejadian tantrum. Misalnya ibu membawa anak pergi ke sebuah pasar raya berdekatan rumahnya.
Ketika membeli-belah mereka melalui bahagian mainan kanak-kanak, si anak berminat sebuah kereta mainan berharga RM50 dan si ibu menyatakan tidak. Si anak tetap berkeras minta kereta mainan itu. Si ibu kekal dengan pendirian. Hal ini berlarutan hingga anak mengambil keputusan menjerit dan menjatuhkan dirinya ke lantai.
Si ibu berasa terkejut dan malu. Ketika itu apa yang difikirkan adalah menenangkan anaknya dengan serta-merta. Si ibu segera memberikan kereta mainan berkenaan. Di sini, si anak belajar mendapatkan sesuatu yang dia mahukan melalui si tantrum dan buatnya secara berulang kali sehingga dapat perhatian ibunya.
Konsep diterapkan menyebabkan kejadian tantrum berlaku secara berulang sampai ke satu tahap ia tidak mampu dikawal. Si anak akan cuba buat dengan cara lebih agresif dan tingkah laku yang manipulatif untuk dapatkan apa yang dia inginkan. Bagaimanapun, situasi tantrum mampu dikawal jika si ibu memberi respons yang berbeza daripada situasi di atas.
Kesimpulannya, menguruskan anak tantrum adalah perkara yang mencabar bagi ibu bapa. Namun melalui pendekatan tepat dan sesuai situasi tantrum dapat dikurangkan dan dihalang apatah lagi ibu bapa juga mempunyai kawalan penuh terhadap tingkah laku anak-anak. Tantrum adalah satu fasa yang mana anak anda mengalami kemarahan luar biasa dengan karakteristik kekecewaan yang membawa kepada perbuatan lain seperti menangis, menjerit dan pergerakan badan yang berlebihan termasuk melemparkan barang, menjatuhkan diri ke lantai dan menggigit tangan. Tantrum berlaku apabila si anak cuba mendapatkan apa yang dia mahu dan diperlukan. Sesetengah anak yang mempunyai masalah pembelajaran atau perhatian akan cepat berasa marah dan kecewa. Seorang anak akan tantrum jika dia tidak dapat giliran pertama untuk menyepak bola ke dalam gol. Dalam keadaan lain, si anak berasa marah atau tidak puas hati bila anda menumpukan perhatian pada kakaknya. Perbuatan marah, menangis dan menjerit bukan suatu yang sesuai untuk dia meluahkan perasaannya tapi dia membuatnya bersebab. ADVERTISING Anak anda akan berhenti seketika sewaktu tantrum hanya untuk pastikan anda memandang ke arahnya atau dalam erti kata lain, menumpu perhatian padanya semasa tantrum. Tantrum hanya akan berhenti jika si anak dapat apa yang dia mahukan atau dia sedar yang dia tidak akan dapat apa yang dia mahukan bila buat tingkah laku sedemikian. Lazimnya berlaku dalam situasi sosial atau di tempat awam. Hal ini disebabkan kebiasaan ibu bapa akan tunduk atau mengikut kata anak-anak apabila berada di hadapan orang lain. Perkara ini biasanya berlaku disebabkan oleh tidak mahu berasa malu atau dikatakan tidak tahu menjaga anak. Cara menangani atau berdepan dengan anak tantrum memberi respons yang berbeza pada anak-anak selepas kejadian tantrum. Misalnya ibu membawa anak pergi ke sebuah pasar raya berdekatan rumahnya. Ketika membeli-belah mereka melalui bahagian mainan kanak-kanak, si anak berminat sebuah kereta mainan berharga RM50 dan si ibu menyatakan tidak. Si anak tetap berkeras minta kereta mainan itu. Si ibu kekal dengan pendirian. Hal ini berlarutan hingga anak mengambil keputusan menjerit dan menjatuhkan dirinya ke lantai. Si ibu berasa terkejut dan malu. Ketika itu apa yang difikirkan adalah menenangkan anaknya dengan serta-merta. Si ibu segera memberikan kereta mainan berkenaan. Di sini, si anak belajar mendapatkan sesuatu yang dia mahukan melalui si tantrum dan buatnya secara berulang kali sehingga dapat perhatian ibunya. Konsep diterapkan menyebabkan kejadian tantrum berlaku secara berulang sampai ke satu tahap ia tidak mampu dikawal. Si anak akan cuba buat dengan cara lebih agresif dan tingkah laku yang manipulatif untuk dapatkan apa yang dia inginkan. Bagaimanapun, situasi tantrum mampu dikawal jika si ibu memberi respons yang berbeza daripada situasi di atas. Kesimpulannya, menguruskan anak tantrum adalah perkara yang mencabar bagi ibu bapa. Namun melalui pendekatan tepat dan sesuai situasi tantrum dapat dikurangkan dan dihalang apatah lagi ibu bapa juga mempunyai kawalan penuh terhadap tingkah laku anak-anak.
0 comments:
Post a Comment