Satu ketika dahulu, untuk pergi ke negara jiran, Singapura dengan menggunakan tren merupakan satu perjalanan yang cukup panjang. Tambahan pula, sepanjang laluan tren berkenaan, banyak kali juga tren ini berhenti di stesen-stesen terpilih disepanjang laluannya.
Namun, secara tiba-tiba, impian untuk melihat satu lagi pembangunan tren negara semakin menjadi realiti. Semuanya atas hasil usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu melihat satu pengangkutan tren yang efisyen bermula dari KL Sentral, Bandar Malaysia menuju ke Singapura dengan hanya memakan masa selama 90 minit sahaja.

Atas kesedaran inilah, kerajaan menjalinkan kerjasama dengan China untuk membina sistem laluan rel ini. Pada masa yang sama, Singapura juga turut memainkan peranannya yang tersendiri bagi memastikan pembangunan High Speed Rail (HSR) ini dapat direalisasikan menjelang tahun 2026.
Gabungan tiga negara inilah yang menjadikan hala tuju ekonomi negara akan bertambah kukuh pada masa hadapan. Manakan tidak, disepanjang laluan berkenaan, terdapat beberapa hentian yang sudah semestinya menjadi tumpuan kepada para peniaga setempat untuk meraih pendapatan hasil daripada pembinaan salah satu projek mega ini.

Mungkin kita terpaksa menunggu hampir 9 tahun untuk disiapkan namun percayalah, projek ini akan menjadi satu lagi projek berimpak tinggi seperti mana yang bakal terjadi kepada satu lagi projek mega kerajaan, East Coast Rail Link (ECRL).
0 comments:
Post a Comment