My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 12 September 2017

    Di Mana Hilangnya Lim Kit Siang Sepanjang Prosiding RCI Berlangsung?




    Mungkin ramai yang memperkatakan apa yang berlaku sepanjang prosiding siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI yang berlangsung baru-baru ini. Ramai saksi dipanggil dan ada diantara saksi-saksi ini adalah terdiri daripada bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan lain-lain lagi.

    Namun begitu, sepanjang berlangsungnya RCI ini, agak menghairankan apabila sekutu rapat Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang, diam seribu bahasa. Dia langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau setidak-tidaknya menunjukkan sokongan kepada sekutu politiknya itu.

    Sebaliknya, Lim Kit Siang lebih senang mendiamkan diri tanpa mengeluarkan apa jua kenyataan. Mungkin pada pendapat Kit Siang, dia tidak mahu memburukkan keadaan. Namun jika diimbau dari sejarah Lim Kit Siang menghentam Mahathir satu ketika dahulu menerusi dua buah bukunya, pasti akan terdetik, kemana hilangnya Penasihat DAP berkenaan.

    Sebelum ini, Lim Kit Siang pernah menerbitkan 3 buah buku yang menceritakan tentang skandal yang berlaku di dalam Bumiputera Malay Finance dan skandal Forex yang menyaksikan dia pernah dipenjarakan. Dalam ketiga-tiga bukunya, Lim Kit Siang seolah-olah tahu akan cerita sebenarnya sehinggakan boleh menceritakan secara terperinci setiap satu skandal berkenaan.

    Namun hari ini, Lim Kit Siang lebih senang membiarkan sekutu politiknya itu terkapai-kapai kelemasan akibat pengakuan beberapa orang yang pernah berkhidmat di bawah Mahathir. Mungkin Kit Siang mahu melihat, sejauh mana Mahathir mampu terselamat dari siasatan berkenaan barulah dia menyatakan pendirian menyebelahi Mahathir.

    Atau, mungkin sahaja Lim Kit Siang tidak mahu terheret sama dalam masalah yang menimpa Mahathir dan lebih senang memilih jalan selamat iaitu mendiamkan diri. Bagi Kit Siang, diam itu jauh lebih baik dari menunjukkan sokongannya kepada Mahathir.

    Dalam hal ini, mungkin kita boleh melihat sejauh mana lakonan cemerlang Lim Kit Siang dalam isu membabitkan Mahathir. Adakah dia kekal dengan caranya yang hanya menyebelahi orang yang diyakini kuat dan membiarkan orang yang hampir karam kelemasan atau dia memilih untuk setia dengan semangat setiakawannya.

    Namun, sejarah telah membuktikan bahawa Lim Kit Siang hanya berminat bersama-sama orang yang boleh dipergunakan olehnya dan meninggalkan sekutunya begitu sahaja disaat sekutunya hampir jatuh. itulah Lim Kit Siang, ahli politik veteran DAP yang terkenal dengan sikap hipokrasinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Di Mana Hilangnya Lim Kit Siang Sepanjang Prosiding RCI Berlangsung? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top