My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 September 2017

    Polis Tawau Cari 4 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh



    Pihak polis mencari empat lelaki termasuk dua warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes memukul seorang lelaki sehingga membawa maut di luar pusat hiburan Jalan Kuhara di sini Ahad lepas. 

    Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata empat individu itu dikenali sebagai Herman Langguru,33, yang beralamat di Taman Semarak dan Fadilah Abdul Latif atau Boy, 34, dari Kampung Jawa di sini manakala dua suspek lagi merupakan warga Indonesia iaitu Ajai, 30-an serta Harman, 20-an.

    "Pada Ahad lepas kira-kira pukul 2 pagi mangsa Norajlan Norsait, 32, keluar dari pusat hiburan bersama lima rakannya untuk pulang ke rumah sebelum tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki menyerang rakan mangsa.

    "Mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun salah seorang suspek menumbuk muka mangsa dan mangsa melarikan diri tetapi dikejar dua suspek yang kemudian memukul bahagian kepala mangsa lagi sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Fadil berkata ekoran itu mangsa di bawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut dan Selasa lepas pada pukul 3.12 pagi pihak hospital memaklumkan kepada polis bahawa mangsa pukul telah meninggal dunia di unit kecemasan hospital.

    Susulan itu, menurutnya polis menahan lima lelaki tempatan berumur 28 hingga 51 tahun untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Fadil berkata empat suspek yang dicari itu diminta tampil dan orang ramai yang mempunyai maklumat lokasi suspek boleh menyalurkannya ke balai polis berdekatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Tawau Cari 4 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top