My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 12 September 2017

    Kangana Tidak Tahan Sikap Hrithik



    Jika membabitkan maruahnya, aktres ini tidak akan berdiam diri. Baru-baru ini dalam program bual bicara, Aap Ki Adalat, Kangana Ranaut secara terbuka menggelar aktor Hrithik Roshan sebagai ‘silly ex’ dan ia terus menjadi kontroversi. 

    Mungkin Kangana tidak tahan lagi dengan sikap Hrithik yang tidak pernah ‘buka mulut’ atau komen mengenai hubungan mereka. Menurut Kangana, aktor itu pernah menghantar notis agar dia minta maaf kepadanya dan minta aktres itu mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya. “Jika saya tidak berbuat demikian, dia mengugut akan melakukan sesuatu,” katanya.

    Hubungan cinta Hrithik dan Kangana berakhir pada 2014 apabila aktor itu meminta Kangana melupakan semua yang pernah terjadi antara mereka. Ketika itu Hrithik dalam proses bercerai dengan bekas isterinya, Sussanne Khan.

    “Saya bersetuju untuk berpisah tetapi tidak lama selepas itu, Hrithik berjumpa saya dan meminta maaf. Lalu saya tanya, adakah dia mahu berkahwin dengan saya atau tidak tetapi Hrithik hanya membisu,” katanya.

    Kangana berjumpa bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan dan memberitahu sikap anaknya itu. Rakesh berjanji menolong Kangana dan akan memberitahu pihak media mengenai hubungan aktres itu dengan Hrithik.

    “Namun Rakesh tidak pernah berbuat demikian. Jika Hrithik kata kami berdua ada banyak masalah kenapa dia menari pada majlis hari jadi saya?,” katanya.

    Kangana juga mendedahkah pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan di Bollywood, dia hampir menjadi mangsa aktor Aditya Pancholi yang meletakkannya di sebuah pangsapuri dan melarang kawan melawatnya. “Nasib baik saya berjaya melarikan diri,” katanya.

    Jika Hrithik terus ‘menutup mulutnya’ dengan pendedahan Kangana tetapi khabarnya Aditya mahu menyaman aktres itu. Kita tunggu sajalah apa lagi pendedahan Kangana selepas ini yang dikenali sebagai artis yang sangat berterus terang dan tidak gentar mengkritik sesiapa saja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kangana Tidak Tahan Sikap Hrithik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top