My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 13 September 2017

    Bukan Di Malaysia Lah...



    DAKWAAN seekor buaya terperangkap pada pukat nelayan di kawasan pantai Kampung Simunul, Semporna, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, tidak benar. Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku di Tawi-Tawi, selatan Filipina. 

    Beliau berkata, penduduk sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati ia sebenarnya berlaku di negara jiran. "Saya percaya ramai yang terkeliru dengan berita ini kerana nama Kampung Simunul juga ada di selatan Filipina.

    "Memang ada kejadian buaya ditangkap tetapi ia berlaku di perkampungan Simunul di Tawi-Tawi, Filipina dan bukan Kampung Simunul di Semporna," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Terdahulu, penyebaran beberapa keping gambar buaya berkenaan menimbulkan gempar dalam kalangan penduduk Kampung Simunul, sehingga ada nelayan dikatakan bimbang untuk ke laut. 
    Dalam pada itu, Ramlee juga meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita itu kerana ia bukan sahaja tidak benar, malah menimbulkan perasaan panik dalam kalangan penduduk kampung. 

    Sementara itu, berdasarkan laporan ABS CBN News, buaya air masin sepanjang kira-kira lima meter itu dikesan sekumpulan nelayan pada petang Khamis lalu, sebelum terperangkap di dalam pukat, berhampiran perkampungan atas air di Barangay Sukubalan Simunul, Tawi-Tawi.

    Laporan itu memetik Pegawai PengurusanBencana Daerah, Ruben Balcorza berkata, buaya itu sudah ditangkap diserahkan kepada pihak berkuasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Di Malaysia Lah... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top