My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 8 September 2017

    Mungkinkah Piala Dunia 2018 Tanpa Argentina Dan Messi?



    Persembahan buruk Argentina hasil keputusan pada kelayakan Amerika Selatan membuatkan ramai mula memikirkan sesuatu yang tidak pernah terjadi, Piala Dunia musim panas depan tanpa Lionel Messi. 

    Persoalan itu muncul selepas keputusan seri di laman sendiri berdepan pasukan tangga tercorot Venezuela minggu ini yang menyebabkan Argentina ketinggalan untuk tempat automatik ke Russia 2018.

    Jurulatih veteran Cesar Luis Menotti menggambarkan persembahan terbaharu itu sebagai “menakutkan” dan dia ada sedikit kata-kata buat jurulatih Jorge Sampaoli, yang sama seperti penggantinya sebelum ini bergelut untuk mencari cara terbaik menggunakan kekuatan Messi dalam pasukan yang gagal mencetuskan sentuhan terbaik.

    “Sebenarnya ia adalah kejutan. Melihat semua ini ia adalah sesuatu yang mengejutkan! saya bermain dua perlawanan menentang Venezuela: di Caracas kami menang 7-0 dan di Rosario 11-0. Lapan belas gol dalam dua perlawanan!

    “Dan kini saya lihat adakah sukar buat kami menewaskan Venezuela? Ada sesuatu yang kami tidak lakukan dengan baik,” kata Menotti, yang membantu Argentina meraih kejayaan di Piala Dunia pada 1978.

    Jaringan gol juga semakin berkurangan. Argentina melalui 309 minit tanpa jaringan pada kelayakan kali ini ketika mereka akhirnya mendapat gol sendiri ketika berdepan Venezuela. Menotti mengkritik taktik digunakan Sampaoli, bekas jurulatih Chile dan Seville.

    “Saya tidak faham pasukan itu. Ia bukan perkara yang sama ketika mengetuai Seville dan juga Argentina. Terutama jika anda mempunyai Messi.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mungkinkah Piala Dunia 2018 Tanpa Argentina Dan Messi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top