My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 8 September 2017

    Rahsia Disebalik Jalan Mengengkang


    Rahsia seorang wanita yang dilihat berjalan dalam keadaan mengengkang terbongkar selepas ditangkap cuba menyeludup 7,200 kad memori yang disembunyi di celah kangkangnya. Wanita pertengahan usia itu dilaporkan masuk ke China dari Hong Kong melalui pintu sempadan Guangdong di Shenzhen pada Isnin lalu. 

    Seorang pegawai polis sempadan berkata, dia melihat wanita itu berjalan dengan pelik dan kelihatan cemas. “Saya melihat wanita itu berjalan dalam keadaan mengengkang dan menahannya kerana mengesyaki dia membawa bahan terlarang.

    “Ketika disoal wanita itu kelihatan sangat cemas dan kami bawa ke bilik khas untuk pemeriksaan badan,” katanya.

    Menurutnya, ketika pemeriksaan, pihaknya menemui beberapa bungkusan plastik di celah paha suspek yang diikat dengan pita pelekat. “Apabila beg itu dibuka, kami menemui sejumlah 7,200 kad memori di dalamnya.

    “Ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia cuba menyeludup kad memori itu ke China untuk dijual,” jelasnya.

    Menurutnya, wanita itu ditahan, manakala kes itu disiasat oleh Jabatan Kastam dan Cukai. Ini bukanlah kali pertama individu cuba membawa masuk barangan elektronik ke China dengan menyembunyikan di bahagian badan.

    Sebelum ini, beberapa individu ditangkap apabila cuba menyeludup masuk berpuluh-puluh telefon pintar jenis iPhone yang dilekat pada badan dan kaki.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rahsia Disebalik Jalan Mengengkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top