Dalam arus politik semasa, antara strategi yang kerap diguna pakai oleh pembangkang adalah dengan menebarkan pelbagai dakyah palsu yang meletakkan segala beban kesalahan di bahu kerajaan. Mereka akan sedaya upaya memesongkan pemikiran para pengundi dengan pelbagai fakta palsu yang ada diantaranya langsung tidak masuk akal.
Namun begitu, seperti yang pernah diamalkan oleh pemerintahan kejam Adolf Hitler, mereka akan sentiasa memasakkan pelbagai dakyah fitnah hanya semata-mata membolehkan mereka mendapat sokongan pada sesuatu pilihan raya. Inilah yang di amalkan oleh pembangkang terutamanya DAP.

Hakikat yang harus kaum Cina sedar adalah, bagaimana MCA mampu bangkit dan membela nasib kaum Cina sedangkan mereka tidak mempunyai mandat untuk berbuat demikian? Timbul juga persoalan, adakah dengan meletakkan DAP sebagai wakil mereka, adakah nasib mereka terbela sepenuhnya?
Apa yang diperhatikan, setiap kali kaum Cina mempunyai masalah tertentu, wakil-wakil MCA ataupun Gerakan juga yang mereka cari untuk menyelesaikan masalah mereka. Kenapa mereka tidak mencari wakil rakyat DAP yang mereka pilih semasa Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu?
Dalam hal ini, memetik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau berharap, para pengundi kaum Cina sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP, hanya mampu menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin mampu mereka laksanakan. Mereka akan menjanjikan segala perkara manis namun setelah memenangi satu-satu kerusi, kelibat mereka juga akan hilang entah kemana.

Apa yang cuba disampaikan oleh DAP sebenarnya hanyalah retorik politik semata-mata. Persoalannya, sampai bila nasib mereka akan terus diperkotak katikkan pembangkang yang hanya tahu berjanji tapi tidak pernah cuba untuk menepatinya? Bukankah lebih baik memberikan mandat kepada sebuah parti yang sudah terbukti kemampuannya sejak sebelum merdeka lagi?
0 comments:
Post a Comment