My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 18 September 2017

    Guna Facebook Hina Bekas PM



    Seorang pembantu Pengerusi DAP Sarawak ditahan polis selepas dipercayai mengaibkan seorang bekas Perdana Menteri menerusi status Facebook miliknya petang kelmarin. 

    Pesuruhjaya Polis Sa­rawak, Datuk Amer Awal berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan polis pada pukul 4.15 petang, Sabtu lalu selepas dipanggil untuk memberi kete­rangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini.

    “Telefon bimbit individu itu dirampas bagi tujuan siasatan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis sebaik sahaja keterangannya dirakam.

    “Tindakan berkenaan diambil setelah kita meneliti kandungan status dibuat yang mana siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guna Facebook Hina Bekas PM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top