Perbuatan terkutuk seorang buruh kasar merogol anak kandungnya sejak tahun lalu akhirnya berbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 480 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Maris Agan menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Kesemua hukuman penjara itu bagaimanapun diarah dijalankan serentak, menjadikan jumlah hukuman penjara adalah sebanyak 30 tahun.
Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kesalahan itu buat kali pertama sejak mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah panjang di Sungai Bulat di sini pada Januari 2016.
0 comments:
Post a Comment