Seorang penagih dadah sanggup memukul isterinya di hadapan orang ramai di sebuah pasar tani di sini semalam selepas terdesak mahu mendapatkan wang untuk membeli dadah.
Dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, lelaki tersebut bertindak merampas beg tangan mangsa menyebabkan berlaku pergelutan dengan isterinya berusia 30-an yang turut membawa bersama anak lelaki berusia tiga tahun.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak menahan suspek yang berusia 30-an sebelum menghubungi pihak AADK.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah. Malah katanya, suspek yang tinggal di Sungai Layar di sini sebelum ini juga pernah bertindak agresif terhadap isterinya itu
0 comments:
Post a Comment