Bekas bintang England, Rio Ferdinand dijangka mengumumkan keputusannya untuk cuba menjadi peninju profesional hari ini, menurut akhbar Daily Telegraph.
Ferdinand, 38, yang meraih 81 caps dan membuat lebih 300 penampilan bersama Manchester United, seorang penyokong tegar sukan tinju dan mengakui menghabiskan masa bertinju di gimnasium membantunya melupakan kehilangan isteri dan ibu kepada tiga anaknya, Rebecca Ellison kerana penyakit barah payu dara pada 2015.

Dia bukannya pemain bola sepak pertama mengalih karier ke gelanggang tinju selepas bekas penyerang Sheffield United, Curtis Woodhouse menjuarai gelaran light-welterweight Britain pada 2012.
0 comments:
Post a Comment