Namun, perkara sedemikian tidak pernah berlaku terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Mungkin, kita akan melihat Guan Eng hadir ke beberapa majlis dengan bergambar semasa memberikan sumbangan kerajaan negeri. Mungkin kita akan melihat imej Guan Eng begitu gusar sewaktu banjir melanda negeri berkenaan baru-baru ini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan memberitahu, sejak DAP mengambil alih kuasa di Pulau Pinang, apa yang mereka fikirkan adalah untuk menjarah hasil dan pendapatan negeri untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata.
Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang antara negeri yang termaju di Malaysia. Disebabkan kemajuan berkenaan, rizab kerajaan negeri berada pada tahap tertinggi pada tahun 2007 dan 2008 sebelum ianya merudum teruk sebaik DAP mengambil alih. Malah, sehingga hari ini, banyak kilang-kilang telah mengalihkan operasi mereka ke tempat lain dan ini menyumbang kepada kejatuhan rizab kerajaan negeri.
Lebih memburukkan keadaan, hampir semua perkampungan yang telah wujud lebih 40 tahun juga telah dirobohkan tanpa sebarang pampasan yang setimpal. Semua ini dilakukan atas alasan pembangunan sehinggakan bukit bukau juga turut di tarah. Pada pendapat beliau, keadaan ini menyaksikan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang cukup sensitif sekiranya berlaku hujan lebat berpanjangan.
Dalam dua tahun kebelakangan ini sahaja, sudah lebih 10 kali banjir kilat melanda negeri ini akibat kegagalan mereka menyelenggara sistem perparitan. Malah, ada juga yang terpaksa dipindahkan akibat banjir ini. Lebih memburukkan keadaan, hampir tiada sumbangan bagi membantu mangsa banjir ini dilakukan oleh kerajaan negeri.

Jika mahu disenaraikan, memang cukup banyak pengabaian kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyatnya sejak 2008. Apa yang boleh diberitahu adalah, nasib rakyat Pulau Pinang secara amnya memang cukup terseksa disebabkan sikap pemimpin DAP sendiri yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan parti dari memikirkan soal kebajikan dan keperluan rakyat.
0 comments:
Post a Comment