My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 September 2017

    Polis 'Samseng' Tak Serik



    Seorang anggota polis yang memiliki rekod jenayah dan dadah belum serik apabila terbabit mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki di Pasar Limbang, di sini, 2 September lalu. 

    Suspek berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Patiambun, di sini, jam 3.20 petang Selasa lalu.

    Difahamkan, suspek berpangkat lans koperal dan masih bertugas itu mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mendatangkan kecederaan dan penyalahgunaan dadah di Kudat, Sabah dan daerah ini sejak tahun lalu.

    Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, susulan penahanan itu, pihaknya menahan dua lagi lelaki berusia 19 dan 25 tahun jam 10.30 malam Khamis lalu hasil risikan dan maklumat awam.

    “Penahanan suspek dipercayai membantu siasatan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 38 tahun di Pasar Limbang, 2 September lalu. Polis mendapatkan perintah reman tiga hari terhadap semua suspek bermula semalam (kelmarin) hingga Isnin ini,” katanya.

    Katanya, polis tidak berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terbabit kegiatan jenayah dan tindakan akan diambil sekiranya mereka didapati mempunyai kaitan.

    Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa yang dalam keadaan mabuk cedera di muka akibat dibelasah sekumpulan lelaki kerana dikatakan mengganggu orang awam di kawasan berkenaan. Kejadian itu menjadi tular di laman sosial Facebook (FB) selepas ada individu merakam sekumpulan lelaki membelasah mangsa sebelum melarikan diri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis 'Samseng' Tak Serik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top