My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 13 September 2017

    2 Lelaki Larikan Toyota Vellfire Diburu



    Polis memburu dua lelaki selepas mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire milik seorang pengusaha salon kecantikan yang menjadi viral di laman sosial Facebook dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Jalan Prima E, Seksyen U13, Jumaat lalu. 

    Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan pergi ke kawasan berkenaan sebelum sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti di hadapan MPV tersebut.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Nek Zaidi Zakaria berkata, berdasarkan rakaman te­levisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu mendapati dua suspek tersebut bertindak mengumpil kereta mangsa sebelum menghidupkan enjin dan membawanya lari.

    “Mangsa berusia 33 tahun telah pergi ke kawasan berkenaan untuk berjumpa dengan kawannya. Berdasarkan rakaman CCTV, kedua-dua suspek terbabit menjalankan kegiatan itu dengan menaiki sebuah kenderaan iaitu salah seorang suspek bertindak mengumpil kenderaan terbabit sebelum berjaya menghidupkan enjin dan melarikan kenderaan tersebut,” katanya semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 2 Lelaki Larikan Toyota Vellfire Diburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top