My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 September 2017

    Aksi Panas JDT, Perak


    KEMPEN Piala Malaysia 2017 bakal membara apabila juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membuat perhitungan dengan Perak pada separuh akhir pertama di Ipoh, Oktober depan. 

    Pertembungan skuad Harimau Selatan dan The Bos Gaurus pasti menjanjikan aksi menarik, bukan sahaja di tengah padang, malah turut melibatkan segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang menimbulkan kontroversi dengan mencetuskan insiden yang boleh mencemarkan Liga Malaysia.

    Permusuhan penyokong bermula di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut selepas menyaksikan JDT tewas 0-3 kepada Perak sebelum segelintir mereka bertindak membuat kekecohan pada April 2013.

    Setahun selepas itu para peminat Harimau Selatan terpaksa dikumpulkan di tengah padang di Stadium Perak, Ipoh apabila berlaku pergaduhan dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan selepas Perak tewas 0-1.

    Insiden sama turut berulang pada 2015 dan 2016 apabila seorang jurugambar media cedera akibat dipukul penyokong. Terbaharu pada 18 Februari lalu, dua buah bas pasukan JDT yang diparkir di kawasan letak kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan, Sungai Senam, Ipoh disimbah dengan cat.

    Diharapkan pada separuh akhir Piala Malaysia bulan depan para penyokong kedua-dua pasukan dapat mewujudkan suasana harmoni, sekali gus mengelak insiden buruk berulang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aksi Panas JDT, Perak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top