My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 September 2017

    Dua Pulau Di Caribbean Rata Akibat Taufan



    Penduduk di Pulau Saint Martin dan Saint Barts, rantau Caribbean mengenangkan nasib mereka kelmarin ekoran terpaksa membina se­mula kehidupan selepas tinggal sehelai sepinggang akibat dibadai Taufan Irma. 

    Ribut gergasi itu mengakibatkan sebahagian besar daripada 80,000 penduduk di dua buah pulau tersebut hilang tempat tinggal dan tiada barangan ke­perluan. “Masih ada lagi kehidupan di sini?” soal Michelene Jean-Charles, 23, wanita yang sarat mengandung di St Martin, pulau yang terbahagi kepada wilayah milik Perancis dan Belanda.

    Hampir 70 peratus kemudahan di wilayah Belanda yang dikenali sebagai Sint Maarten musnah, kata pihak berkuasa. Seramai empat orang disahkan terkorban di Sint Maarten, kata Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Ahad lalu, meningkat berbanding dua orang sebelum ini.

    Perancis pula mengesahkan seramai 10 orang maut di wilayahnya, Saint-Martin. Laporan kematian baharu di Sint Maarten pula menjadikan angka korban Taufan Irma di kepulauan Caribbean meningkat kepada 27 orang.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijadualkan melawat Saint-Martin hari ini untuk menemui mangsa bencana dan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan, kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb.

    Perancis dan Belanda bertungkus lumus mengagihkan bantuan logistik dan menghantar beratus-ratus anggota polis tambahan untuk menangani jenayah kecurian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Pulau Di Caribbean Rata Akibat Taufan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top