My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 12 September 2017

    10 Perang Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia



    Dalam peredaran zaman dan ketamadunan manusia, antara perkara yang tidak dapat kita elakkan adalah timbulnya konflik yang membawa kepada perperangan. Apabila kita membicarakan tentang perperangan, sudah tentu kita tidak dapat lari dari menggambarkan penderitaan dan pembunuhan besar-besaran orang yang tidak berdosa hanya kerana begitu kemarukkan kuasa.

    Sepanjang ketamadunan manusia, terdapat banyak perperangan telah tercetus. Sudah semestinya, banyak sebab dan perkara yang menyumbang kepada keadaan seumpama ini. Berikut merupakan 10 perperangan yang paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia.

    1. Perperangan tentera Uthmaniah dan tentera Vlad

    Ini adalah satu detik yang mana hampir suku daripada penduduk di Eropah menjadi korban kepada perperangan antara idealogi ini. Semuanya bermula apabila tentera Uthmaniah dilihat melindungi jajahan takluknya daripada serangan tentera Germania dengan disokong oleh tentera yang di ketuai oleh Vlad The Impaler dari Romania.

    Hasilnya, tercetusnya perperangan yang memakan masa selama lebih sebulan dengan kematian dianggarkan mencecah angka ratusan ribu manusia. Diakhir perang ini, puluhan ribu kepala manusia dibiarkan terpacak dihung lembing yang menyaksikan, neraka dunia tercipta di lokasi perperangan berkenaan.

    2. Perang Salib

    Tidak dapat dinafikan, ini adalah siri perperangan yang memakan nyawa manusia, antara teramai dalam sejarah. Dianggarkan terdapat 9 ekspedisi salib untuk menakluki BaitulMaqdis di mana pada siri ketiga dan keempat, umat Islam mampu menguasai sepenuhnya bandar dan bumi ambiya ini. Selebihnya dikuasai oleh tentera Salib.

    Paling diingati adalah bagaimana pertembungan tentera Guy De Lusignon yang dianggarkan seramai lebih 200 ribu orang bertembung dengan gabungan tentera Islam yang diketuai oleh Salehuddin Al Ayubi di dalam pertempuran yang dipanggil pertempuran Hattin. Dalam pertempuran ini, 99 peratus tentera Guy dihancurkan oleh tentera Salehuddin yang membawa jatuhnya BaitulMaqdis, tiga bulan kemudian.

    3. Perang Napolean

    Ini adalah detik hitam dalam sejarah moden Eropah. Dianggarkan seramai 3.2 hingga 6.5 juta menjadi korban kemaruk nafusu Napoleon Bonaparte yang bercita-cita mahu menakluk seluruh Eropah menerusi impian gilanya.

    Dengan mengetuai gerombolan teramai tentera Perancis, Napoleon dan tenteranya gagal menahan asakan tentera Inggeris yang bergabung dengan beberapa buah negara yang lain di dalam Perang Waterloo di Belgium.

    4. Perang Dunia Pertama

    Semuanya bermula apabila Raja Franz Ferdinand dari Austria dibunuh oleh kelompok pelampau Yugoslavia yang dirancang oleh Gavrilo Princip di Sarajevo. Sebaik pembunuhan ini tersebar, maka tercetusnya perang mulut dan saling tunding menunding dikalangan pemimpin Eropah yang mahu mengetahui kenapa pembunuhan sebegini berlaku.

    Akhirnya, perperangan sememangnya tidak dapat dielak di mana inilah perperangan yang mempertembungkan antara fahaman di pihak Austria, Jerman, Turki, Bulgaria dan gabungan perikatan British, Rusia, Perancis, Kanada, Itali dan Amerika Syarikat.

    Perperangan yang berlanjutan selama hampir 4 tahun ini bukan sahaja menyebabkan runtuhnya beberapa buah kerajaan Eropah seperti kerajaan Uthmaniah, Romanov, Hanburgs dan Hohanzollens, malah ianya turut meruntuhkan ekonomi beberapa buah negara Eropah dan mengorbankan kira-kira hampir 40 juta penduduk di Eropah.

    5. Perang Dunia Kedua

    Banyak versi sebenarnya yang boleh dianggap sebagai tercetusnya Perang Dunia Kedua. Namun, faktor utama meletusnya perperangan yang paling besar dan memakan nyawa paling ramai ini adalah faktor kemelesetan ekonomi global yang begitu teruk, terutamanya di sekitar Eropah. Semua adalah impak hasil daripada Perang Dunia Pertama yang memakan masa sehingga 4 tahun.

    Kira-kira lebih 20 tahun selepas berlakunya Perang Dunia Pertama, kebanyakan negara yang terlibat dalam perang ini mengalami kadar inflasi, kemelesetan dan ekonomi yang cukup teruk. Jerman sebagai contoh menyaksikan kebangkitan satu revolusi yang dibawa oleh Adolf Hitler yang mengetuai tentera Jerman menyerang Poland pada September 1939.

    Di Asia pula, Jepun yang begitu ghairah membawa slogan Asia untuk Asia telah menyerang China pada 1937. Malah, tentera Jepun yang merasakan diri mereka cukup gagah kerana menawan China dan Manchuria, mereka telah bertindak menyerang Pengkalan Tentera Amerika di Hawaii atau lebih kita kenali sebagai Pearl Harbour pada 1942.

    Maka disinilah tercetusnya perang yang dianggap sebagai paling mengerikan dalam sejarah peradaban manusia moden. Dianggarkan, lebih 50 juta manusia terkorban di seluruh dunia akibat perperangan yang berlangsung hanya 3 tahun sahaja. Tidak cukup dengan itu, beberapa buah negara lenyap begitu sahaja dan impak pada ekonomi, cukup dahsyat.

    Bersambung....


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 10 Perang Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top