My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 13 September 2017

    Lonjak Potensi Sektor Digital



    Kerajaan berhasrat untuk menyemak semula unjuran sumbangan sektor digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) memandangkan pelbagai inisiatif dilaksanakan memberikan maklum balas pasaran yang positif. 

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, sebelum ini kerajaan meletakkan sasaran sumbangan segmen terbabit mampu mencecah sehingga 18.2 peratus menjelang 2020.

    Beliau berkata, pada tahun lalu saja, sektor itu berada pada paras pencapaian sebanyak 17.8 peratus dan yakin ia mampu untuk terus berkembang padar kadar yang lebih memberangsangkan. “Usaha kerajaan dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif memberikan impak positif kepada perkembangan pesat segmen digital negara, sekali gus berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. 

    “Pencapaian ini pada masa sama dapat membantu membentuk ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan terus merancakkan ekonomi digital pada masa akan datang,” katanya selepas berucap pada Forum Membentuk Pendigitalan - Malaysia dan Siemens, di sini, semalam. 

    Hadir sama, Ahli Lembaga Urusan Siemens AG bagi Asia/Australia, Cedrik Neiki, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Datuk Prakash Chandran dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

    Forum sehari itu membincangkan mengenai perkembangan membabitkan landskap dan analisis pendigitalan di Malaysia, manfaat dan cabaran pendigitalan, peluang pembiayaan dan pembentukan modal insan.

    Chua berkata, kesedaran mengenai kepentingan sektor digital dalam kalangan syarikat di negara ini kini mula menunjukkan peningkatan, namun mereka masih menolak untuk melakukan sebarang pelaburan dalam bidang itu.

    “Situasi ini adalah perkara biasa di kebanyakan negara terutamanya dalam menghadapi Industri 4.0, jadi pendekatan yang diambil kerajaan adalah menerusi pelan tindakan untuk tempoh lima tahun bagi menggalakkan syarikat menerimanya.

    “Perubahan yang dicetuskan oleh pendigitalan bukan saja berperanan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi, tetapi merangkumi peningkatan permintaan pekerja berkemahiran tinggi dan membuka peluang pekerjaan baru,” katanya.

    Menurutnya, pada Bajet 2017 tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM162 juta bagi melaksanakan program membangunkan ekonomi digital seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) iaitu bukti usaha untuk mempertingkatkan sektor itu seiring dengan Industri 4.0.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lonjak Potensi Sektor Digital Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top