Gara-gara menumbuk seorang warga Bangladesh yang merupakan pekerja sebuah kelab golf kerana salah faham pada Julai lalu, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Mahkamah juga memerintahkan pelakon tersebut dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Sharnaaz didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja am Tournament Players Club Kuala Lumpur (TPC KL), Gous Ali dengan menumbuk mukanya.
0 comments:
Post a Comment