POLIS menembak mati seorang lelaki ‘kanibal’ yang memakan daging wanita selepas membunuh dengan mengelar leher mangsa di Mount Frere, Afrika Selatan.
Dalam kejadian pada 9 September lalu, lelaki itu, Aphiwe Mapekula, 23, mati di hospital akibat terkena tembakan di lengan, kaki dan perut oleh polis yang cuba menahannya di rumahnya.
Lelaki itu tidak menghiraukan beberapa tembakan amaran sebaliknya terus memakan daging Thembisa Masumpa secara mentah dan polis menembaknya apabila dia menyerang mereka dengan pisau.
Menurut The Sun UK, Aphiwe menyerang dan mengelar leher wanita 35 tahun itu sebelum membelasah kepalanya. Menurut polis, lelaki itu menarik mangsa dari jalan raya sebelum membelasah dan membunuhnya namun menurut jiran, wanita itu sedang bekerja mengambil upah di rumah keluarga Aphiwe apabila dia diserang.
Ibunya yang terkejut melihat perbuatan anaknya yang kejam itu segera menghubungi polis. Kapten polis Edith Mjoko, berkata anggota yang tiba terkejut melihat Aphiwe sedang membaham wanita berkenaan dan terpaksa menembaknya apabila dia menyerang mereka dengan pisau.
Ibu lelaki itu berkata: “Saya tidak melahir dan membesarkan anak yang seperti ini.” Datuk Bandar, Bulelwa Mabengu, mengesyaki lelaki itu di bawah pengaruh dadah.
Ia kejadian ‘kanibal’ kedua di Afrika Selatan bulan ini. Sebelum ini, enam lelaki ditahan selepas seorang wanita dirogol, dibunuh dan mayatnya dipotong dengan beberapa anggota tubuhnya dimakan.
Polis mengesyaki ia ada kaitan dengan upacara ilmu hitam diketuai bomoh selepas menemui lapan telinga manusia dalam periuk di Estcourt kerana percaya memakan daging manusia boleh menjadi kebal. Pihak berkuasa kemudian mendapati 300 penduduk mengaku makan daging manusia, termasuk mayat yang digali dari kubur.
0 comments:
Post a Comment