My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 13 September 2017

    Lim Guan Eng Jangan Jadikan Sekolah Sebagai Pentas Politik



    Memang agak melucukan apabila dalam satu reaksi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutuk larangan yang dikenakan keatasnya untuk melawat sebuah sekolah Cina di Sungai Lembu, baru-baru ini. Dia dilaporkan berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah menghalang haknya selaku Ketua Menteri untuk melawat seolah berkenaan.

    Dalam satu ulasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon, beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berhak menghalang Guan Eng daripada melawat sekolah Cina di Sungai Lembu berkenaan kerana pada kebiasaannya, setiap lawatan Guan Eng adalah bertujuan mengutuk kerajaan pusat disebalik istilah lawatan yang digembar gemburkan.

    Beliau juga turut berkata, pihak kementerian mempunyai kuasa sama ada membenarkan atau tidak Guan Eng mengadakan lawatan ke mana-mana sekolah. Tidak timbul isu berkaitan dengan masalah politik kerana sekolah merupakan satu institusi yang dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan dan seharusnya institusi seperti ini dijauhkan dari sebarang kegiatan atau ucapan berunsur politik.

    Melihat akan situasi ini, apa yang dilakukan oleh Datuk Chong Sin Woon yang juga Ketua Pemuda MCA ini cukup tepat. Manakan tidak, bukan setakat Guan Eng sahaja yang menjadikan di mana sahaja lokasi sebagai tempat berpolitik malah, kesemua pemimpin Pakatan Harapan turut menjadikan banyak tempat awam termasuklah di masjid dan surau sebagai medan untuk mereka berpolitik.

    Langkah Datuk Wong ini sebenarnya cukup mudah untuk difahami. Adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila menjadikan sekolah sebagai medan untuk berpolitik dengan mengutuk kerajaan pusat yang telah menyumbang dana kepada kemajuan dan penjagaan infrastruktur di sekolah berkenaan.

    Cukuplah sekadar berpolitik ditempat yang sepatutnya. Kenapa Lim Guan Eng cukup berkeras untuk berpolitik di perkarangan sekolah? Adakah Guan Eng cuba membeli jiwa penduduk di Sungai Lembu yang umum ketahui hari ini mempunyai sebuah kilang pemprosesan kayu yang didakwa dilindungi oleh Exconya sendiri, Phee Boon Poh?

    Sekolah adalah tempat di mana anak-anak kecil kita menimba ilmu. Ianya bukan dijadikan tempat sebagai pusat penyebaran idealogi politik. Nampaknya, Lim Guan Eng betul-betul terdesak sehingga tidak lagi kenal di mana tempat yang membolehkannya berpolitik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lim Guan Eng Jangan Jadikan Sekolah Sebagai Pentas Politik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top