My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 8 September 2017

    5 Sekeluarga Dibicara November



    Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 20 hingga 24 November depan bagi perbi­caraan kes lima sekeluarga yang berdepan 22 pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari November 2016 hingga Jun lalu. 

    Majistret, Mohd. Hafizi Abdul Halim menetapkan tarikh itu untuk serahan dokumen selepas semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

    Kesemua tertuduh terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, bapa (40 tahun) dan tiga sepupu masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun.

    Bapa mangsa yang merupakan tertuduh pertama dituduh merogol anaknya itu sebanyak empat kali manakala sepupu mangsa berusia 17 dan 21 tahun dituduh merogol masing-masing sebanyak tiga serta empat kali.

    Tertuduh keempat iaitu seorang lagi sepupu mangsa dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak lima kali. Tertuduh kelima iaitu datuknya pula berdepan enam pertuduhan merogol kanak-kanak malang terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 5 Sekeluarga Dibicara November Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top