Jika sebelum ini pihak berkuasa lazimnya menahan pelacur dari negara China, Filipina dan Indonesia di Sabah. Namun kali ini berbeza apabila tiga warga dari Rusia pula dicekup. Penahanan itu merupakan yang pertama kali direkodkan oleh pihak polis negeri.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah, Datuk Salehhudin Abd. Rahman, tiga wanita yang masing-masing berusia 18, 22 dan 28 tahun difahamkan hadir ke sini sebagai pelancong.
Namun demikian, ketiga-tiga mereka menyalahgunakan niat itu apabila mengambil kesempatan dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada warga tempatan menerusi aplikasi WeChat.
“Perbuatan mereka sia-sia kerana ia berjaya dihidu pihak polis. Mereka akhirnya ditahan dalam serbuan di tiga buah bilik berasingan di sebuah hotel di Plaza Wawasan, Coastal Highway di sini pada pukul 5.10 petang kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
0 comments:
Post a Comment