My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 26 September 2017

    Lepas Gagal Di Semenanjung, Mahathir Tebalkan Muka Cari Sokongan Di Borneo Pula?


    Ahad lalu, buat pertama kalinya setelah lebih 14 tahun bersara, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menjejakkan kakinya ke Sarawak. Pemergian dengan menggunakan jet peribadi ini adalah yang pertama sejak dia dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan PPBM.

    Apa yang menariknya, sewaktu berada di Sarawak, dia sekali lagi menggunakan helah lamanya semasa dia cuba mendapat sokongan dari Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjaja kisah sedihnya.

    Malah, dia secara terang-terangan menyalahkan Tun Abdul Razak sebagai punca kenapa pembahagian minyak antara kerajaan pusat dan Sarawak tidak berlaku dengan adil. Melihat dari apa yang dilakukan Mahathir ini, nampaknya dia terpaksa menebalkan muka menerima kecaman pelbagai pihak di Sarawak hanya untuk menagih sokongan dan simpati.

    Manakan tidak, imejnya sebagai bekas Perdana Menteri telah tercalar teruk akibat siri pendedahan demi pendedahan terhadap apa yang dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri. Malah, dia sendiri juga masih gagal menerangkan dengan tepat, kemana hilangnya wang yang dilaburkan dalam perjudian forex yang dianggarkan sebanyak RM 32.5 bilion.

    Umum mengetahui bahawa selama 22 tahun mentadbir Malaysia, Sarawak dan Sabah langsung tidak dipandang olehnya. Dia lebih sibuk membangunkan Semenanjung tanpa memperdulikan apa yang berlaku di dua buah negeri Borneo berkenaan. Apa yang dimahukannya hanyalah minyak, balak dan kuasa undi yang memihak kepadanya.

    Justeru, apabila dia tiba di Kuching dengan menyebarkan pelbagai janji-janji baru, ramai yang beranggapan, Mahathir hanyalah menyediakan jerat baru supaya rakyat Sarawak terjebak kedalam jerat yang sama buat kali kedua.

    Mahathir harus ingat, rakyat Sarawak hari ini bukanlah seperti rakyat Sarawak semasa dia mentadbir Malaysia. Hari ini, rakyat Sarawak sudah tahu menilai yang mana satu yang terbaik buat mereka dan mereka pastinya enggan meletakkan diri mereka kedalam jerat yang sama buat kali kedua.

    Tambahan pula, kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini telah memberikan semula beberapa hak yang telah diambil secara sedar ataupun tidak sedar kepada rakyat Sarawak. Lebih utama, segala jenis bentuk bantuan juga disalurkan secara menyeluruh dan bukannya disalurkan kepada kroni rapat seperti yang pernah diamalkan oleh Mahathir sebelum ini.

    Mungkin masih ada sokongan buat Mahathir di Semenanjung namun memetik kata-kata Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini, rakyat Sarawak mungkin boleh memaafkan namun untuk melupakan apa yang telah dilakukan Mahathir selama 22 tahun di Sarawak dan Sabah, ianya mungkin tidak akan berlaku.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lepas Gagal Di Semenanjung, Mahathir Tebalkan Muka Cari Sokongan Di Borneo Pula? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top