Thursday, 21 September 2017

Pelajar IPTS Dalang Edar Ganja



Sindiket pengedaran dadah yang didalangi dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di sini terbongkar selepas mereka dicekup Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di dua lokasi berasingan dekat Cyberjaya, kira-kira pukul 5 petang, Isnin lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Baharuddin Mat Taib berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan bersama 45 peket plastik lutsinar berisi dadah jenis ganja seberat 210 gram yang dianggarkan bernilai RM2,250.

Menurut beliau, siasatan pihaknya percaya kedua-dua suspek telah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah itu sejak lapan bulan lalu untuk dipasarkan di sekitar Cyberjaya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pelajar IPTS Dalang Edar Ganja Rating: 5 Reviewed By: JMK