My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 15 September 2017

    Tiang Lampu Jalan Pun Nak Dicuri



    DUA lelaki mengambil kesempatan bekalan elektrik terputus di Florida sejak Taufan Irma melanda dengan mencuri tiang lampu jalan diperbuat daripada besi, hari ini. Dua lelaki itu ditahan polis di Jacksonville dengan tiang berkenaan diikat di atas bumbung SUV mereka. 

    Menurut Daily Mail, polis Jacksonville melalui Facebook yang menyiarkan gambar dua lelaki terbabit yang bergari duduk di tepi jalan bersama kenyataan: “Dua lelaki ini ditahan mencuri tiang JEA pagi ini!”

    Tidak dapat dipastikan untuk apa mereka mahu gunakan tiang berkenaan kerana pasti sukar menjualnya sebagai besi terpakai kerana ia jelas tiang lampu. Seramai 3.2 juta penduduk Florida, terutama di Sunshine State masih ketiadaan bekalan elektrik.

    Banyak kejadian mencuri dan memecah masuk kedai serta rumah yang ditinggalkan pemiliknya berlaku sejak Taufan Irma melanda dan polis sudah menahan puluhan orang. Polis menggunakan media sosial menyiarkan gambar mereka yang ditahan bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan jenayah.

    Ahad lalu, polis Fort Lauderdale mengumumkan melalui Twitter ia menahan sembilan orang kerana memecah masuk kedai pajak serta kedai pakaian. Polis Miami pula menyiarkan gambar 10 pencuri dalam penjara dengan kenyataan, ‘Mahu mencuri? Tanya dulu kepada mereka ini bagaimana mereka masuk ke sini.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiang Lampu Jalan Pun Nak Dicuri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top