My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 8 September 2017

    Balasan Patahkan Kaki Anak



    “Saya rasa sangat sedih melihat keadaaan anak saya. Saya sudah insaf, saya mahu kembali menjaganya dan berjanji tidak akan buat lagi.” Demikian rayuan seorang bapa Tan Kheng Tong, 27, dalam keadaan sebak selepas mengaku bersalah mendera anak kandungnya berusia lima tahun sehingga patah paha kiri di Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Mendengar rayuan tersebut, Hakim Noradura Hamzah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas tertuduh yang bekerja sebagai penjual nasi ayam. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman penjara bermula semalam.

    Noradura dalam penghakimannya berkata, tertuduh telah gagal dan salah guna kuasa sebagai seorang bapa dalam memastikan kesejahteraan anak bukannya melakukan penderaan. “Mahkamah melihat faktor emosi mangsa.

    Selain itu, mangsa yang masih kecil iaitu berusia lima tahun tidak boleh mempertahankan diri. “Harap hukuman ini memberi keinsafan kepada tertuduh dan masyarakat lain,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Balasan Patahkan Kaki Anak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top