Gabenor Jakarta, Djarot Saiful Hidayat mengarahkan pihak berkuasa mempamerkan gambar individu yang ditangkap membuang sampah ke dalam sungai. Djarot berkata, langkah itu diambil bagi menangani sikap buruk orang ramai yang suka membuang sampah hingga menjadikan sungai di bandar itu sangat kotor.
“Saya mengarahkan agensi alam sekitar meningkatkan operasi bagi mencegah pembuangan sampah ke dalam sungai. Sekiranya seseorang itu ditangkap membuang sampah ke dalam sungai, tangkap gambarnya dan pamer di kain rentang,” katanya yang dipetik kompas.com
Menurutnya, kain rentang itu akan diletakkan di kawasan penduduk sebagai satu bentuk hukuman sosial yang diharap menjadi satu pencegahan.
Menurutnya, pihak berkuasa sering melihat penunggang motosikal membuang beg plastik yang penuh dengan sampah ke dalam sungai. Sungai di Jakarta antara paling tercemar di negara itu akibat sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai.
0 comments:
Post a Comment