My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 September 2017

    Polis Cari 2 Saksi Kes Bunuh



    Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai dua saksi perbicaraan kes bunuh. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata dua lelaki itu ialah Ansar Yasri, 19, dan Andi Arjun Afrianto, 21, yang menggunakan alamat terakhir di Sabah Sea Sdn Bhd, Jalan Buli Sim-Sim, di sini. 

    Katanya, dua lelaki berkenaan diperlukan bagi membantu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 25 September ini. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diharap tampil atau menghubungi balai polis berhampiran," katanya di sini, semalam.

    Dalam perkembangan lain, Mohd Azhar berkata, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes curi kenderaan, harta benda dan samun susulan penahanan tujuh lelaki tempatan berusia 21 hingga 42 tahun.

    Katanya, semua suspek ditangkap menerusi operasi Op Lejang dan Op Cantas antara 6 hingga 16 September lalu. "Dalam gerakan itu, polis turut merampas 31 unit barang, termasuk dua kereta curi yang digunakan untuk melakukan jenayah dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM90,000. "Hasil pemeriksaan mendapati semua tujuh suspek positif syabu," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Cari 2 Saksi Kes Bunuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top