Tuesday, 26 September 2017

Disambar Buaya Ketika Menjala



Keseronokan dua sahabat menjala ikan di Su­ngai Kuala Besar berhampiran Kampung Tambak dekat sini ber­akhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhua­tiri hilang selepas di­sambar seekor buaya di su­ngai tersebut kelmarin. 

Mangsa, Bentayyan Ilah, 31, dilaporkan hilang setelah di­serang reptilia tersebut kira-kira pukul 3.40 petang itu. Rakan mang­sa yang dikenali sebagai ­Jeppry Samsawie, 30-an berkata, sebelum kejadian dia bersama Bentayyan dikatakan sedang menjala ikan kira-kira 700 meter ke hulu Kampung Tambak dekat sini. 

Bagaimanapun katanya, ketika mereka bersedia untuk pulang kampung, kaki mangsa tiba-tiba disambar oleh seekor buaya yang dianggarkan sepanjang kira-kira 2.1 meter.

“Mangsa kemudian cuba melepaskan diri dari gigitan sang bedal itu, namun gagal sebelum dia ditarik ke te­ngah sungai lalu hilang dari pandangan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Disambar Buaya Ketika Menjala Rating: 5 Reviewed By: JMK