My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 September 2017

    RM600,000 Lesap Dalam 20 Minit

    WAJAH lelaki yang menyamar sebagai pekerja syarikat pembekal alat pemadam api berjaya dirakam CCTV bank baru-baru ini.
    Seorang lelaki yang menya­mar sebagai pekerja syarikat pembekal alat pemadam api berjaya melarikan wang berjumlah RM600,000 dari sebuah bank di kawasan pusat bandar Damansara Heights di Brickfields di sini pada 8 September lalu. 

    Difahamkan kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku hanya dalam masa 20 minit sahaja apabila lelaki yang memakai kemeja-T dan menyarung selipar cuba memperdaya pengurus bank terbabit kononnya dia mahu melakukan pemeriksaan terhadap kualiti alat pemadam api di bank tersebut.

    Menurut sumber, suspek bertindak menunjukkan sekeping kertas yang dipercayai merupakan pelan lantai tempat tersebut kepada pengurus bank itu namun dia tidak dibenarkan masuk selepas gagal menunjukkan sebarang tanda pengenalan diri.

    Namun begitu, suspek dilihat berlegar-legar di dalam bank berkenaan sebelum bertindak menghampiri salah sebuah kaunter di bank berkenaan. Pekerja kaunter yang tidak tahu mengenai penolakan pengurus berkenaan terhadap suspek, membenarkan suspek memasuki ruang kaunter.

    Peluang berkenaan digunakan sebaiknya oleh suspek dengan dikatakan meletakkan sekeping magnet di pintu bilik pegawai kaunter berkenaan semasa pegawai berkenaan keluar. Pada ketika inilah suspek dikatakan mengaut RM 600 ribu berkenaan tanpa ada sesiapapun menyedarinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: RM600,000 Lesap Dalam 20 Minit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top