My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 September 2017

    Upah Kaki Pukul Untuk Disiplinkan Pelajar



    Bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar lelaki yang semakin meningkat, Universiti Lucknow di sini, mengupah 15 kaki pukul untuk berkawal di asrama. Universiti itu sebelum ini mengambil beberapa langkah bagi membendung masalah kecurian dan pergaduhan di dewan makan di asrama lelaki. 

    Alat perakam kedatangan biometrik yang dipasang pada bulan lalu dan pengawal keselamatan ditempatkan di dewan makan tetapi masih gagal mengatasi isu berkenaan. Pihak universiti juga memasang kamera keselamatan tetapi alat itu turut dicuri pelajar dan orang luar yang menceroboh dewan makan berkenaan.

    “Pengawal keselamatan tidak mampu menghalang orang luar masuk ke dewan makan untuk mengambil makanan dan mencuri. Mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa apabila alat perakam biometrik dirosakkan. Jadi untuk mengatasi masalah ini kami menukar kawalan keselamatan,” kata Naib Canselor SP Singh yang dipetik Times Of India.

    Katanya, sejak Rabu lalu, 15 kaki pukul berkawal di dewan makan bersama pegawai universiti bagi memastikan pelajar tidak menimbulkan masalah. Kaki pukul yang diupah itu juga akan memeriksa kad pelajar bagi memastikan tiada orang luar yang masuk ke dewan makan untuk menikmati makanan secara percuma.

    Ujarnya, sehingga kini, usaha itu menunjukkan hasil positif selepas pelajar kelihatan berdisiplin ketika mengambil makanan dan tiada orang luar berani masuk ke dewan makan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Upah Kaki Pukul Untuk Disiplinkan Pelajar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top