Sejak dari beberapa tahun yang lalu, Tony Pua dilihat sebagai seorang individu yang cukup gemar menabur fitnah dan melemparkan tuduhan yang melulu. Ada sahaja orang yang akan dijadikan bahan fitnah olehnya sehinggakan dia sanggup mengada-adakan cerita hanya untuk kepentingan peribadinya semata-mata.
Terbaru, Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun menjadi mangsa terbaru Tony Pua dan Yeo Bee Yin setelah kombinasi kedua-dua ini pernah menyerang Permata Negara yang diusahakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Dalam dakwaan Tony Pua, dia berkata, MCA telah memohon untuk mendapatkan tanah itu pada 2006 dan mendapat kelulusan kerajaan negeri pada 2007. Katanya, MCA membeli tanah itu pada harga RM52,000 pada 2008, iaitu dengan nilai RM1 setiap satu kaki persegi, walaupun harga tanah itu bernilai sekurang-kurangnya lebih RM400 bagi satu kaki persegi.
Ketika mengulas mengenai perkara ini, Chew Mei Fun jelas kecewa dengan fitnah dan tuduhan Tony Pua dan Yeo Bee Yin ini. Beliau berkata, beliau tidak pernah walau sekalipun membuat permohonan seumpama ini dan ini merupakan satu fitnah yang cukup jahat dari dua orang wakil rakyat DAP ini bagi menjatuhkan reputasinya.

Setakat ini, Dhew telah mengarahkan peguamnya untuk menghalang Tony Pua dan Yeo Bee Yin daripada membuat tuduhan lagi terhadapnya. Pada masa yang sama, pihak peguamnya sedang meneliti segala bukti yang diperolehi hasil daripada fitnah yang dilakukan oleh kedua orang wakil rakyat DAP ini untuk difailkan kemahkamah.
0 comments:
Post a Comment