My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 September 2017

    Nilai Liga Malaysia Ditingkatkan



    PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) akan melakukan beberapa rombakan bagi memantapkan saingan bola sepak negara ini. 

    Perubahan itu termasuk jadual perlawanan bagi memastikan momentum pemain tidak terganggu akibat cuti rehat termasuk sepanjang Ramadan. Pengerusinya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, selain itu pihaknya akan membincangkan rombakan membabitkan wang penajaan dan pertambahan pemain import bagi kuota Asia Tenggara.

    "Penambahan pemain import bakal meningkatkan nilai Liga Malaysia bukan saja di peringkat domestik malah antarabangsa. Bagaimanapun, hanya pemain yang terkenal atau mempunyai 30 cap ke atas bersama skuad kebangsaan boleh dipilih.

    "Kemasukan pemain import dapat mendorong tajaan luar negara dan saya berharap setiap pasukan menerima sekurang-kurangnya RM6 juta atau RM7 juta setahun," katanya, hari ini.

    Tunku Ismail berkata, jadual liga akan dirombak supaya tidak menjejaskan momentum liga dan pemain termasuk sepanjang Ramadan atau ketika penganjuran kejohanan bola sepak lain. Bagaimanapun katanya, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco di Kedah, tidak lama lagi, sebelum sebarang keputusan boleh diambil.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nilai Liga Malaysia Ditingkatkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top