My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 18 September 2017

    Semua Benda Tidak Tahu...



    Dalam kehidupan normal manusia, sekiranya cuba untuk mengelakkan diri dari bercakap mengenai sesuatu perkara, antara ayat yang paling selalu disebutkan adalah perkataan tidak tahu atau saya terlupa. Pada kebiasaannya, orang yang mengungkapkan ayat ini sedang cuba untuk mengelakkan diri atau cuba untuk menyembunyikan sesuatu.

    Inilah yang terjadi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang kini sedang menyiasat kehilangan wang pelaburan dalam urusniaga Forex yang berlaku antara 1988 sehingga 1994.

    Dalam kesemua saksi yang dipanggil bagi memberi keterangan, bagi mereka yang hari ini menyebelahi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir, alasan paling mudah untuk mereka menyembunyikan kerugian berkenaan adalah, saya tidak tahu atau saya tidak ingat.

    Disamping itu, saksi-saksi seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa orang yang lain dilihat cuba untuk meletakkan kesemua kesalahan dibahu Tan Sri Nor Mohamad Yakcop. Persoalannya, mana mungkin urusniaga yang melibatkan kerugian sebesar ini, langsung tidak diketahui oleh Daim, Anwar malah Mahathir sendiri yang pada ketika itu menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri?

    Ini bukan angka yang kecil kerana ianya melibatkan RM 32 bilion. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, beliau yang pada ketika itu menjadi salah seorang menteri di dalam kabinet Mahathir sendiri tidak pernah diberitahu tentang kerugian berkenaan.

    Malah, beliau sendiri tidak mengetahui bahawa sejumlah besar wang rizab negara telah diselewengkan sewenang-wenangnya tanpa sedikitpun usaha dari Mahathir mahupun timbalannya untuk menerangkan kepada kabinet tentang kerugian berkenaan. Justeru timbul persoalan, kenapa mereka menjawab tidak tahu walhal mereka sendiri yang mengarahkan untuk menyertai pasaran berkenaan?

    Mereka mungkin boleh mengelak atau menipu rakyat dengan perkataan saya tidak tahu atau saya terlupa. Tapi hakikatnya, RCI dan rakyat Malaysia yang bijak akan mengetahui duduk sebenar perkara ini berdasarkan banyak perkara. Antaranya laporan kewangan Bank Negara Malaysia pada tahun-tahun berkenaan dan angka kerugian yang dicatatkan oleh Bank Negara Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Semua Benda Tidak Tahu... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top