Dalam banyak-banyak minuman, teh paling digemari di seluruh dunia malah menjadi amalan penting untuk banyak budaya. Bagaimanapun, permintaan terhadapnya bergantung pada pasaran yang tidak menentu, sama seperti minyak dan emas.
Sri Lanka pengeksport teh keempat terbesar di dunia selepas China, India dan Kenya di samping bergantung pada industri itu untuk menggaji sejuta daripada 20.6 juta penduduknya, menurut Lembaga Teh Sri Lanka.

Penganalisis pasaran mendapati peningkatan permintaan terhadap teh di pasaran besar seperti Amerika Syarikat, di mana pengguna yang mementingkan kesihatan mencari alternatif lebih sihat bagi menggantikan minuman bergas.
Selain itu, golongan muda turut menunjukkan minat terhadap teh yang mempunyai rasa atau kesan khusus, manakala produk teh segera juga kini semakin mendapat sambutan.
0 comments:
Post a Comment