My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 27 September 2017

    Alibaba Cloud Intai Malaysia



    Alibaba Cloud, cabang perkomputeran awan Alibaba Group melihat Malaysia sebagai pintu masuk utama dalam memperluaskan rangkaian perkhidmatan penyelesaian awan di rantau Asia Tenggara serta berperanan penting dalam memperkukuhkan kehadirannya dalam pasaran global. 

    Ketua Serantau ASEAN dan ANZ (Australia dan New Zealand) Alibaba Cloud Raymond Ma berkata, usaha itu dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan Fusionex, pakar dan peneraju penyedia teknologi data dalam Analisis Data Besar (BDA), Internet Segalanya (IoT) dan Kepintaran Buatan.

    Beliau berkata, menerusi usaha sama itu, Alibaba Cloud akan berkongsi kepakaran dan infrastrukturnya dalam bidang penyelesaian data besar bersama Fusionex, sekali gus menghubungkan perkhidmatan penyelesaian awan ke seluruh rantau ASEAN menerusi Malaysia sebagai hab utamanya.

    “Dalam era transformasi digital ini, perniagaan merentasi rantau ASEAN perlukan satu perubahan ke tahap yang baru dalam menyokong peluang baru muncul seperti kepintaran jentera dan perkomputeran awan bersama analisis data besar sebagai infrastruktur perkomputeran.

    “Kami berbangga untuk bergabung kepakaran dengan Fusionex yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan generasi teknologi masa depan dan memperkasa pelanggan dengan pemacu perubahan,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada majlis memeterai usaha sama strategik antara Alibaba Cloud dan Fusionex di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex Datuk Seri Ivan Teh.

    Pada suku kewangan berakhir 30 Jun 2017, perolehan Alibaba Cloud meningkat sebanyak 96 peratus dari tahun ke tahun kepada RMB2.43 bilion (AS$359 juta) dengan lebih daripada satu juta pelanggan. Ma berkata, kerjasama di antara Alibaba Cloud dan Fusionex juga bakal menyaksikan inovasi dalam BDA, pembelajaran jentera, kepintaran buatan dan IoT.

    Menurutnya, Alibaba Cloud akan menggunakan infrastruktur dan platform penyelesaiannya dalam memperkukuh pusat inovasi Fusionex untuk membangunkan teknologi serta platform baru yang berupaya memacu transformasi digital di rantau ini.

    “Dengan memanfaatkan infrastruktur pengkomputeran awan dari Alibaba Cloud serta perkhidmatan kecerdasan datanya yang canggih, Fusionex dapat menyediakan servis penyelesaian data besar yang lebih baik kepada pelanggannya yang semakin meningkat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Alibaba Cloud Intai Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top