Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah menganjurkan peraduan Kempen #sayangMRTku bagi menunjukkan betapa pentingnya pengangkutan rel berkenaan terhadap rakyat Malaysia Peraduan ini telah bermula sejak dari 12 September 2017 dan akan berakhir pada 18 September 2017.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan ini, orang ramai hanya perlu mengikuti akaun instagram @spadmalaysia. Kemudian, ambil gambar anda di kawasan stesen MRT yang melambangkan semangat kesukanan SEA Games. Setelah mengambil gambar berkenaan, muat naik gambar atau video tersebut di Instagram dan tag @spadmalaysia.
Semasa memuat naik, tambahkan hashtag #SayangMRTku dan #SPAD pada bahagian akhir kapsyen gambar berkenaan. Harus diingat, akaun instagram anda perlu dijadikan akaun “Public” dan bukan akaun “Private” sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.
Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi peserta yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menyertai peraduan ini melalui surat kebenaran yang ditandatangi yang perlu ditunjukkan kepada penganjur sekiranya dipilih sebagai pemenang.
Bagi yang menyertai peraduan ini melalui akaun Facebook pula, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang sama seperti penyertaan melalui akaun instagram. Cuma, setiap gambar atau video yang anda muat naik harus tag kepada @spad.my.
Cara kelayakan bagi menyertai peraduan ini adalah seperti berikut.
1. Gambar penyertaan mestilah gambar yang diambil oleh peserta itu sendiri. Gambar penyertaan tidak boleh mengandungi unsur lucah atau tidak sopan.
2. Kapsyen yang telah dihantar tidak boleh dipadam atau ditukar sepanjang tempoh masa Peraduan. 3. Pemilihan pemenang adalah di atas budi bicara Penganjur.
4. Hanya penyertaan yang mematuhi semua kriteria kelayakan akan terpilih sebagai pemenang.
Hadiah yang ditawarkan juga menarik di mana hadiah utama berupa voucher Aeon bernilai RM150 dan Kad Touch ‘n Go bernilai RM50. Manakala bagi hadiah saguhati pula, kad Touch ‘n Go bernilai RM50 akan diberikan kepada setiap pemenang saguhati.
Ketika menghubungi pihak SPAD, antara tujuan utama penganjuran peraduan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengangkutan MRT berkenaan. Disamping itu, ianya menggalakkan penduduk di sekitar Lembah Klang untuk menggunakan perkhidmatan MRT untuk menuju kesesuatu destinasi di sekitar Lembah Klang.
Menurut sumber berkenaan, ini adalah pusingan keempat penganjuran peraduan berkenaan di mana tiga pusingan sebelum ini telah berjaya menarik penyertaan dari ramai peserta yang menghantarkan gambar-gambar dan video yang cukup menarik yang dikongsikan di akaun instagram dan laman sosial Facebook SPAD.
Masih belum terlambat untuk menyertai peraduan ini kerana peraduan ini akan ditutup pada 18 September yang akan datang. Inilah masa untuk anda menunjukkan kreativiti masing-masing bagi menzahirkan #sayangMRTku.
0 comments:
Post a Comment