My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 September 2017

    Krisis Rohingya Genting



    Kira-kira 270,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin. Sejak dua minggu lalu sahaja, seramai 164,000 penduduk Islam Rohingya memasuki Bangladesh, mengakibatkan situasi di kem-kem pelarian yang sesak menjadi bertambah buruk. 

    Ratusan lagi terkorban ketika cuba melarikan diri daripada pertempuran di negeri Rakhine. Saksi-saksi berkata, seluruh perkampungan dibakar sejak pemberontak Rohingya melancarkan serangan terancang pada 25 Ogos lepas yang mendorong tindakan keras tentera.

    Dalam perkembangan berkaitan, polis di Bangladesh berkata, pihaknya menemui 17 mayat, kebanyakannya kanak-kanak yang lemas apabila beberapa sampan sarat dengan pelarian Rohingya karam di sungai Naf.

    Pasukan pengawal sempadan Bangladesh pula memberitahu, pelarian Rohingya yang terdesak cuba menyeberangi sungai itu dengan menaiki sampan kecil yang digunakan untuk menangkap ikan. 

    Sekurang-kurangnya lima buah sampan tersebut karam, mengakibatkan lebih 60 orang terkorban. Seorang pelarian Rohingya, Tayeba Khatun berkata, dia dan keluarganya menunggu selama empat hari untuk menaiki sebuah sampan kecil selepas melarikan diri dari kampungnya di Rakhine.

    “Orang ramai berhimpit-himpit dan cuba memenuhi semua ruang dalam sampan usang itu. Saya melihat dua sampan lain karam. Kebanyakan penumpang berenang ke tebing tetapi kanak-kanak telah hilang,” katanya.

    Kem-kem di sempadan Bangladesh itu telahpun mempunyai seramai 400,000 pelarian sebelum kebanjiran terbaharu tersebut dan tidak mempunyai ruang untuk menampung lebih ramai etnik Rohingya. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila beribu-ribu pelarian Rohingya itu tiada tempat berlindung daripada hujan monsun.

    Angka terkini PBB membayangkan bahawa suku daripada 1.1 juta etnik Islam Rohingya Islam di Rakhine telah melarikan diri sejak Oktober 2016.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Krisis Rohingya Genting Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top