My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 12 September 2017

    Mandatori Guna Bahan Binaan IBS



    Penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS), yang berupaya menjadi pemangkin pertumbuhan sektor pembinaan negara bakal dijadikan mandatori kepada semua pemaju hartanah sektor swasta dan diberikan tempoh peralihan selama tiga tahun bermula tahun ini. 

    Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob berkata, langkah tegas itu adalah usaha kerajaan dalam melaksanakan satu sistem pembinaan mengikut standard lebih baik, sekali gus membantu mengawal harga rumah di pasaran.

    Beliau berkata, pemaju sektor swasta diberikan tempoh tiga tahun untuk mempersiap dan memperkemaskan kembali operasi syarikat supaya mereka dapat mengguna pakai sistem IBS selepas garis masa yang ditetapkan kerajaan.

    “Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil inisiatif bersepadu dalam merancakkan lagi penggunaan sistem ini di sektor swasta secara menyeluruh demi menjayakan dasar pembangunan negara.

    “Selepas tempoh tiga tahun, sistem IBS wajib dilaksanakan oleh pihak pemaju swasta kerana ia adalah tunjang dalam mewujudkan permintaan dan penawaran kukuh khusus untuk masa depan industri,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas sesi Townhall Mekanisme Mewajibkan Kaedah IBS di sini, semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Muhammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid. 

    Sesi Townhall dengan tajuk Mekanisme Mewajibkan Penggunaan Kaedah IBS Dalam Industri Pembinaan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak sebagai panduan sebelum kerajaan mewajibkan penggunaannya dalam projek pembinaan swasta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mandatori Guna Bahan Binaan IBS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top