Pulau Pinang banjir lagi dan kali ini boleh disifatkan sebagai melumpuhkan terus kawasan pulau di negari berkenaan. Jika dahulu, kita sering melihat situasi ini berlaku di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara Johor, hari ini, setiap kali hujan lebat secara berpanjangan, Pulau Pinang akan bertukar menjadi "kolam renang" terbesar di Malaysia.
Sesuatu yang agak menghairankan, pada November 2016, kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 150 juta kepada kerajaan Pulau Pinang bagi memperbaiki saluran air dan menaik taraf Sungai Pinang yang dikenal pasti sebagai punca kepada banjir kilat yang sering berlaku di negeri berkenaan.
Walau bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa, peruntukan berkenaan tidak mencukupi untuk kerajaan Pulau Pinang melaksanakan apa yang dicadangkan. Ini kerana, Guan Eng mendakwa, kerajaan negeri memerlukan RM 250 hingga RM 300 juta untuk membaik pulih sistem perparitan dan keadaan Sungai Pinang yang dilihat sebagai antara punca banjir di negeri berkenaan.
Persoalannya, melihat kepada keadaan banjir yang baru berlaku awal hari ini, kemana hilangnya wang RM 150 juta yang diberi oleh kerajaan bagi mengatasi masalah banjir berkenaan? Bukankah dengan wang berkenaan, setidak-tidaknya, keadaan perparitan di negeri berkenaan telah berjaya dibersihkan dan akan mengurangkan risiko banjir seperti yang berlaku hari ini?
Harus difahami bahawa, kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan awal kerajaan negeri Pulau Pinang kerana seharusnya sebagai sebuah kerajaan negeri, peruntukan untuk membaik pulih sistem perparitan dan keadaan sungai di negeri berkenaan sudah tersedia. Namun, Guan Eng lebih memilih untuk tidak bersyukur dan hanya tahu menyalahkan kerajaan pusat setiap kali banjir melanda.
Lebih memburukkan keadaan, Lim Guan Eng dan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang enggan mengambil sebarang tanggungjawab diatas musibah yang telah melanda ini. Sebaliknya, mereka lebih berminat untuk menyalahkan tuhan seperti mana yang telah menjadi tular baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Lim Guan Eng berkata, sekiranya hujan tidak turun, maka Pulau Pinang tidak akan banjir. Adakah dia merasakan banjir di Pulau Pinang ini adalah disebabkan hasil sabotaj dari tuhan? Lebih hebat lagi, ADUN Seri Delima, RSN Rayer dilihat cuba lari dari masalah ini.
Dalam satu komennya di laman sosial Facebook, Rayer mempersoalkan kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang disalahkan. Kenapa tidak bertanyakan sendiri dengan tuhan, kenapa kejadian banjir ini berlaku di Pulau Pinang.
Seandainya wang RM 150 juta yang diperuntukkan kerajaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir ini digunakan dengan sebaiknya, rasanya, risiko untuk negeri ini banjir adalah lebih rendah. Hari ini, diberitakan hujan masih lagi turun di Pulau Pinang dan tidak mustahil negeri ini akan karam sama seperti karamnya kapal Titanic.
0 comments:
Post a Comment